Wednesday, January 29, 2014

Komen Pembeli Kain Cotton Dari WanaOwen's

Antara komen oleh pembeli-pembeli kain cotton dari WanaOwen's.

Bakal pembeli yang lain jangan ragu-ragu,kain cotton ni memang tip-top dan corak-corak memang menarik dan menggoda jiwa!

Boleh lawati page WanaOwen's untuk lebih banyak koleksi corak kain cotton dan bersiap sedia untuk RAMBANG MATA!!

=)
Komen 1

Komen 2

Komen 3

Tuesday, January 28, 2014

Kain Cotton Plain + Kain Cotton Corak





LIMITED STOCK!!

KAIN COTTON PLAIN DI MATCHINGKAN DENGAN KAIN COTTON CORAK

RM75 SEPASANG (4METER)

FREE POSTAGE

SMS/WHATSAPP 012-255 2600

Cuti CNY 2014

Korang dapat cuti berapa lama untuk CNY?

Kilang aku shutdown dari hari Khamis ni sampai Selasa depan.

Yahoo..!



Tapi takde plan ke mana-mana sangat pun kecuali nak attend wedding invitation hari Sabtu je.

Ada 2 wedding invitation. Macam kena attend pasal kedua-dua nya pun member baik.

Tapi tak tau la kalau suami dah ada plan lain jugak.

Duk lama-lama kat rumah pun jemu jugak kan.

Hihihi...

Monday, January 27, 2014

On 5 Months Pregnant


Hihihi...dah nampak sikit perut ke depan.

Alhamdulillah dah 5 bulan mengandung.Orang kata dah separuh jalan.Tinggal lagi beberapa bulan je sebelum delivery baby.

Nervous dan cuak memang ada.Tapi hopefully semuanya akan di permudahkan.

And aku dah makin dapat rasa baby kicking inside.

Macam cute je bila sesekali terasa dia cuit-cuit perut mummy.

Malam tadi lagi best, aku memang nampak jelas bila dia tendang perut tu,perut aku pun sama tertunjal ke luar.

Tergelak-gelak aku tengok.

Hihi..

Syukur alhamdulillah.

=)

Saturday, January 25, 2014

Anugerah Juara Lagu (AJL) 28

Esok malam akan berlangsung Anugerah Juara Lagu (AJL) 28. Siaran secara langsung di TV3.

Kali ni bertemakan 'Game On'.





Siapa la yang bakal menang besar eh untuk edisi kali ni?

Ramai jugak nama-nama besar dalam industri muzik tanahair yang terpilih kali ni.

Memang 'game on' betul la..

Tak dapat nak teka siapa yang akan menang.

Semua pun mcm berpeluang.

Good Luck kepada semua yang bertanding!

=)

Friday, January 24, 2014

Tabita Skin Care (Original!!!)



Tabita Skin Care:

Exclusive Set RM300

Regular Set RM250

Trial Set RM100

Free Postage !!!!

SMS/WhatsApp 012-255 2600 (Wana)

Thursday, January 23, 2014

Baby Inside Belly



Hahhahahaa..memang pun..kerap betul nak terkencing.

Pantang minum air,tak lama lepas tu terus rasa nak terkencing.

Berulang-alik ke toilet ke kerjanya.

Hihihi.....

Tuesday, January 21, 2014

600

600 posts

Hehehe..dah 600 posts. Pageview makin hari pun makin meningkat. Alhamdulillah.

Walaupun kadang-kadang up kan entri yang tak berapa nak bermanafaat...tapi tetap ada yg sudi singgah.

Terima kasih ye kawan-kawan.

=)

Free WhatsApp Untuk Setahun Lagi


Tetiba semalam petang dapat msg dari Team WhatsApp yang menyatakan service expiration untuk WhatsApp aku di lanjutkan lagi setahun. Maksudnya boleh guna percuma lagi setahun.

Entah laa..memang la kecoh jugak kan sebelum ni kata WhatsApp nak kenakan bayaran tapi sampai sudah aku so far tak de lagi kena la.Ni siap dapat notification kata di lanjutkan free service,aku OK je.Hihihi..

Kalau kena bayar dah nanti,bye-bye je la kot WhatsApp. Takde la rajin sangat nak beria keluarkan duit semata-mata nak guna apps ni. Banyak je lagi apps lain yang free.

Sekarang ni ramai duk guna Telegram pulak.

Logo Telegram

Fungsi Telegram quite similar macam WhatsApp. Bila nak bukak grup kat Telegram,kita boleh add sampai 200 orang. WhatsApp tak ramai boleh kita add dlm grup kat WhatsApp. Dan yang lagi menarik,semua gambar yang org upload di Telegram takkan di simpan dlm memori phone kita.So takde la penuh kan folder gambar korang ngan mcm-mcm gambar.

So tepuk dada tanya la selera masing-masing nak guna yang mana. Bagi aku,selagi free,,,kita guna je la kan..

Hihihi..

=)

Monday, January 20, 2014

Doa Untuk Anak Yang Liat Solat


Sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari Facebook. Di kongsikan oleh seorang sahabat.

Mudah-mudahan bermanafaat untuk kita semua.

=)

Friday, January 17, 2014

Nasi Lemak Daun Pisang

Nasi Lemak Daun Pisang

Alhamdulillah..juadah breakfast pagi tadi.

Makan breakfast kat kedai mamak Tawakal di bandar Bentong.

Mula-mula memang dah order roti telur sekeping seorang untuk aku dan suami,tapi aku duk perati ada budak umur 6 tahun kot meja sebelah,dia makan nasi lemak ni sampai 2 bungkus. Mesti la sedap kot.Kalau tak, takkan sampai 2 bungkus dia makan.

So aku pun terpengaruh. Siap dah membedal roti telur,aku cakap kat suami nak makan nasi lemak pulak.Tapi nak share ngan dia. Pasal makan nak merasa je. Dia cakap ok.

Dan akhirnya nasi lemak sebungkus menjadi habuan kami berdua pulak.Alhamdulillah.

Terima kasih kepada adik kecil tu yg berjaya mempengaruhi aku untuk sama-sama merasa nasi lemak daun pisang ni.

Hihihihi...

=)

Thursday, January 16, 2014

Kain Cotton Baru Januari 2014















RM75 untuk 4 meter

Free postage

Nak beli kurang atau lebih dari 4 meter pun boleh

SMS/WhatsApp 012-255 2600

Makin Naik

Ok jugak la dah earning 8Share aku sekarang.Walaupun hanya share sekali sehari,tapi ok la kalau nak compare ngan dulu-dulu nya earning.Lagi pun aku mcm suka ngan kaedah baru nak iklankan 8Share ni.Tak macam dulu mcm komplikated je.

current earning

Cukup RM50 boleh cash out.Tapi aku ingat nak simpan je dulu sampai dah dekat-dekat nak delivery nanti.

Boleh buat duit tambah untuk belanja beli barang-barang baby nanti.

Hihihi...

Siapa yg belum ada akaun 8Share dan teringin nak kumpul duit tepi jugak boleh klik sini.

=)

Wednesday, January 15, 2014

Tak Sabar Nak Beli Barang Baby

AAaaaaaaa...Tak sabarnya nak beli barang baby..

Semalam aku ada belikan baju baby untuk isteri kawan yang baru je melahirkan anak dia.Gegirl.So nanti bila ada kesempatan nak pi melawat dia dan baby,takkan nak datang tangan kosong je kan. Tu yang belikan baju baby. Sebagai buah tangan.

Geram tengok!!!

Pastu tengah duk pilih-pilih aku jadi mcm rambang mata dan jadi mcm alaaaa....nak belikan jugak untuk baby aku..

Bila call suami dan mintak pendapat,dia kata awal lagi nak start beli-beli..Huhuhu...

Bila tanya pendapat makcik aku pun sama...dia kata awal sangat lagi..4++ bulan awal sangat lagi ke??

Lagi pun aku tak tahu lagi jantina baby,payah nak memilih baju dan kelengkapan.Mak cik aku cakap la.

Tapi kalau beli yang dua-dua jantina boleh pakai,x pe kan....

Huhuhu...nak jugak kan beli.

Alahaiiii...tak sabarnya nak start beli-beli..

Baby duk sihat-sihat  ye dalam perut mummy..

Nanti mummy beli baju untuk baby.

=)

Tuesday, January 14, 2014

UMobile Buat Penambahbaikan

Woohuuu..suka aku bila tengok new enhancement plan by UMobile untuk internet data plan. Macam banyak yg boleh di saving.

Sat naaa..aku tunjukkan..



Haaa...tengok tu..kalau dulu UMI28 hanya dapat 500MB quota monthly tapi ni boleh dapat 1GB.Woohuu..Light user mcm aku ni, 1 GB more than enough.Cuma di kurangkan kat free minutes voice call.Ok jugak.Before this tak terhabis jugak 100 minutes free call yg aku dapat tu.

Sebelum enhancement ni,aku beli UMI48.Pasal mcm kalau beli UMI28,sikit sangat quota nya.So beli la UMI48.Alang-alang dapat terus 2GB.Tapi ni,since UMI28 dah upgrade jadi 1GB,maybe aku purchase UMI28 je la kot.Save dah RM20 tiap-tiap bulan.Hihihi..

So far coverage UMobile meluas dah.Kat rumah aku yg agak ceruk tu laju je internetnya.Sangat puas hati dengan UMobile.

=)




Monday, January 13, 2014

4 Bulan Mengandung


Hihihi...perut time 16 minggu mengandung.Tak nampak sangat lagi.Mcm takde perubahan pun ada.

Asalkan baby sihat, i is ok je.Alhamdulillah.

So far kesihatan aku ok.Cuma kena repeat buat BSP twice a month. 

Selera makan maintain. Tak boleh lewat makan.Memang lapar sesangat jadinya.

Overall..aku enjoy je 1st pregnancy ni. And dah start rasa movement baby dalam perut.

=)

Salam Maulidur Rasul

Friday, January 10, 2014

Corak Kain Cotton Comel Untuk Anak-Anak







Comel kan??

Jom order dengan saya.

Semeter RM20 je.Free postage.

4 meter RM75.Tetap free postage jugak.

SMS/WhatsApp 012-2552600.

=)

Tuesday, January 7, 2014

Pre-Order Kain Cotton













Comel-comel coraknya..

Boleh order dengan SMS/WhatsApp 012-2552600.

Harga : RM 75 (4 meter) .Free postage.

Kalau beli lebih sepasang,boleh dapat diskaun.

=)

In Rememberance of The Late Yasmin Ahmad

Sempena hari jadi arwah Yasmin Ahmad pada hari ni,Google memberi penghormatan kepada beliau dengan doodle khas Yasmin Ahmad.

Sesungguhnya jasa Yasmin Ahmad dalam menghasilkan filem bermutu sangat di hargai oleh semua.

Al-Fatihah kita sedekahkan untuk beliau.


Thursday, January 2, 2014

Papadom 2

Dah lama tak review pasal filem kan. So meh la merajinkan diri review filem Papadom 2 yang aku tengok last week.Tengok kat rumah je. Beli CD.



Aku memang follow filem Papadom sejak yang nombor 1 punya. So bila keluar yang nombor dua ni,mcm agak excited nak tengok. Suami jenis tak layan movie Melayu yang gini..so aku pun tengok je la sensorang time dia g kerja.Hihihi..

Kalau dalam Papadom 1, Papa Dom atau bapak Mia memang sangat over-protective kan ngan Mia..ke mana je Mia pergi,mesti bapaknya menempel sekali walaupun Mia dah masuk uni. Over tau Papa Dom.Hahaha...

So yang kali ni,bapak dia tak begitu extreme dah. Mia pun dah start kerja semua.

Tapi semuanya jadi kembali ke asal,bila Mia nak kahwin. At first dia rahsiakan dari bapak dia..tapi rupanya Papa Dom terdengar perbualan Mia dengan Evonne.So Papa Dom jadi resah gelisah dan nak tahu jugak siapa gerangan bakal menantu dia.

Then the movie plot berkembang la dari situ.

Ada part yang sedih towards the end yg buat aku menitiskan air mata..Sedihhhh..

Tapi ending jgn risau..happy ending. Korang mesti tertanya-tanya siapa bakal suami Mia kan?

So tengok sendiri eh.Hihihi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...