Tuesday, December 31, 2013

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Monday, December 30, 2013

Kedai Nasi Ayam Gemas di Bentong

Sekarang ni memang banyak kedai makan baru bukak kat Bandar Bentong. Macam cendawan tumbuh lepas hujan orang kata. Sebut je nak kedai makan apa,semua ada. Tinggal kena ke tak dengan tekak kita je.

Last Saturday,aku ajak suami makan kat satu kedai makan baru bukak kat Batu 4.Kalau dari KL,deretan kedai ni betul-betul after kita keluar simpang lepas tol Bentong  tu. Mesti boleh perasannya deretan kedai ni pasal bangunannya warna-warni. Ada 12 pintu kedai so sebab tu nama kat situ Bentong 12 Kedai.Hahaa..

Kitorang try makan Nasi Ayam Gemas. Kalau tak silap aku,nasi ayam ni popular kan kat Negeri Sembilan tu. So sekarang tak payah la dah nak kena ke Gemas ke apa,kat Bentong pun ada.

portion ayam untuk 2 orang makan

Gambar yang aku tepek kat atas tu kalau portion ayam untuk dua orang makan. Quite ok la rasanya. Ayam di goreng garing. Still juicy dan sup nya ada rasa. Nasi nya pun aku suka pasal tak ceroi. Melekit-lekit sikit.Aku suka nasi yang gitu.
Harga pun not bad. Total harga 2 orang makan termasuk air RM14.50.

Side dishes lain aku tak pasti ada ke tak pasal kitorang takde la pulak mintak menu.Perut dah lapar so telan je apa yang waiter suggestkan.Hahhaha..

So sesape yang kebetulan lalu Bentong boleh la singgah kedai nasi ayam ni. 

Recommended.

=)

Friday, December 27, 2013

Surprise Birthday Cake

Terharu sangat bila balik kerja malam tadi di kejutkan dengan surprise birthday cake oleh suami dan di bantu oleh adik-adik ipar sebagai rakan komplot.Hihihi..

Aku memang tak perasan apa-apa pasal otw nak balik ke rumah lepas dinner ngan suami,aku sangat rasa nak terkencing.Hihihi..so mcm fokus kepada menahan kencing je.Tak sempat nak fikir apa dah. Cuma aku perasan suami mcm lain mcm je time dinner. Mcm runsing kan sesuatu.Tapi aku malas nak tanya-tanya.

Siap-siap dinner,kitorang gerak balik rumah. Aku sampai je rumah terus turun kereta dan cecepat nak bukak pintu rumah..Tetibaaa....." Happy Birthday Kak Wana!!!!" , adik-adik ipar bertiga jerit kat aku.Rumah dah la gelap,elok je aku bukak lampu,diorang pun jerit.Memang melompat la aku.Hahahhaa..

Tapi di sebabkan aku nak kencing sangat-sangat,so lepas diorang siap jerit tu..aku cakap aku nak kena g toilet dulu.Memang tak tahan dah ni.Hahahah..

Lepas lega tuuuu..baru la boleh tiup lilin dan potong kek. Hihihi...Kek pulak boleh tahan sedap. Chocolate cake.Pandai suami dan adik ipar pilih. Aku dalam berpantang makanan manis pun tertewas jugak. Makan la jugak 1 potong. Takkan tak makan kan.

Anyway,thank youuuuuu so much to my husband and in-laws. Buat Kak Wana korang ni rasa terharuuuu je. Nasib tak menangis je. Menangis terharu.Aku kan kuat 'touching'.Hehehe..

Sorryyy la..gambar tak sempat snap..tepon aku habis bateri. So aku mampu cerita je la suasana surprise tu. Yang penting, terima kasihhhh sangat kat semua yang wish semalam. I love u alllll.

=)

Kek malam tadi lebih kurang gini la.Chocolate cake. Tak manis sangat. Ni gambar amik dari google.=p

Thursday, December 26, 2013

December Birthday Bash

Semalam kan cuti public holiday sempena Hari Natal, so keluarga besar Jaharah Haji Yasseh amik kesempatan untuk buat makan-makan sempena meraikan ahli keluarga yang lahir bulan 12. Yang lahir bulan 12 ada 3 orang iaitu Ila (1/12), Uncle (9/12) dan aku (26/12).

So kebetulan semua free semalam dan ramai-ramai la turun ke rumah Mak Lang di Janda Baik untuk event ni.

Menunya semalam ialah soto nasi dan BBQ. Aku tolong buat bergedil dan menyibuk kat tempat bakar ayam dan ikan. Aku tengok jumlah ikan dan ayam yang nak di bakar tu boleh tahan banyak jugak. Siap risau takut banyakkk sangat sampai tak habis. Tapi rupanya sekali hadappp je. Petang tu dah licin dah semua. Aku sempat makan ayam seketul dua dan ratah kongsi-kongsi ikan pari sekeping.Itu je.Yang lain tah mana la hilang masuk perut siapa.Hihihi..

Aku takde snap gambar pun semalam cuma nasib baik Mak Andak rajin nak snap-snap time kitorang nak potong kek dan start makan. Sat eh..godek Mak Ndak nya FB.

Kompilasi gambar sempena event semalam

Yang aku tak fahamnya,birthday cake untuk org bulan Disember tapi yang tukang tiup lilin dan potong kek orang yg lahir bulan Februari. Thaqif memang suka overshadow orang lain.Hihihi.

Durian yang penuh dalam kereta tolak tu yang baru gugur semalam. Pokok-pokok durian kat sekitar rumah Mak Lang baru start gugur. Aku pun apa lagi tengok orang lain makan aku pun join sekali .Sampai lupa yg aku ni mana boleh makan durian sangat. Kang naya je kencing manis naik.Huhuhu.

So far ni memang family event yang kerap jugak buat. Nak buat makan-makan kat kedai mcm tak berbaloi. So buat masak sendiri dan makan sendiri kat rumah sendiri lagi puas hati. Kos pun jimat. 

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yg sudi meraikan kami semalam. Hihihi..

=)

Tuesday, December 24, 2013

Jelly Bean 4.3 for Sony Xperia ZL

Yahoo..akhirnya sampai jugak turn Xperia ZL untuk di update ke Jelly Bean 4.3.

Aku dapat tahu bila member aku Apai yg inform. Dia guna Xperia Z1.Xperia Z1 dah terima update 4.3. Sekarang turn ZL pulak. Tapi baru launch semalam. So next few days baru dapat update.

Ni official announcement dari Sony :

The time has finally come: Sony just revealed that four of its slightly older Android devices are being updated to Android 4.3 Jelly Bean starting today, December 23. The devices are: Xperia Z, Xperia ZL, Xperia ZR and Xperia Tablet Z.
Sony mentions, however, that timing and availability of the update “may vary by market and carrier.” So not everyone gets to enjoy Android 4.3 starting today or the next few days, but the update will certainly come eventually. 
In case you don’t know, Android 4.3 Jelly Bean brings a nicer graphical experience alongside Project Butter performance and UI optimization. The update also brings Sony’s Smart Social Camera to the four Xperias, plus many enhancements on other Sony-specific apps and services. 
All four Sony devices that are receiving Android 4.3 Jelly Bean now will likely also get Android 4.4 KitKat. Sony didn’t say exactly when this will happen. But we’ll let you know as soon as we find out. 
source: Sony
Nanti bila dah update tepon ZL aku ni,aku inform how's the performance.

=)

Monday, December 23, 2013

Melekat Lagi CPUV


Alhamdulillah..satu lagi CPUV melekat kat blog Me And You.hihihihi..

Tabungan untuk bakal baby nak lahir ni..InsyaAllah.

=)

Wedding Rizal

aku mcm kebetulan sangat pakai baju kurung ikut tema.dah bolehhh jadi pengapit.=p

Last Saturday aku attend wedding kawan lama sejak sekolah rendah,Rizal Kasmu dan pasangan kat Rest House Bentong. Aku datang lewat la jugak. Dalam pukul 2.30 petang baru sampai. Pasal sebelum tu aku attend ada 1 wedding dekat ngan rumah aku duduk. So dahulukan yg dekat . Lagipun suami jadi penanggah kat rumah org tu..tu yg aku nak kena tunggu dia siap bertugas baru gerak ke wedding Rizal pulak.

Tapi aku suka je nak sampai lambat.Pasal boleh laaa beramah-mesra ngan pengantin.Kalau datang time tengah peak hour,memang tak dapat la nak berborak bagai semua kan ngan pengantin.

Time aku sampai tuu..orang pun tak ramai dah.So aku tak serabut nak cari meja makan yang kosong. Nak amik makan pun tenang je.Hihihi...

Rizal ni kawan baik aku sejak sekolah rendah sampai la ke besar ni. Sama-sama masuk UKM dulu. Memang BFF sangat la katakan. Time raya adalah wajib dia datang beraya umah aku dan sebaliknya. Macam tak best la pulak kalau tak hadirkan diri kan ke wedding dia ni. Kad by hand sampai ke rumah aku..tu yang aku segan kalau tak gi. Ye lahhh..gigih kot dia nak hantar kad pusing satu bandar Bentong ni..so kena la amik kira semua tu kan.

Anyway Rizal..tahniah to both of you. At last,di lema ko yg ko selalu duk runsing kat aku tu dah ternoktah la ye. Semoga berbahagia ngan Hanis sampai bila-bila. Berkat jodoh pilihan keluarga. Alhamdulillah.

Nanti cepat-cepat lekat anak ye. Boleh la anak kita sebaya nanti.Hahahhahaa....

=)

Friday, December 20, 2013

BSP (Blood Sugar Profile) #1

Pheww...Settle buat BSP semalam. Prosedurnya adalah kena di ambil bacaan gula dalam darah sebanyak 4 kali dalam masa sehari. Pukul 8 pagi, 12 tengahari, 5 petang dan 9 malam. 

Mujur aku register pregnancy kat KKIA yg dekat ngan rumah,so merempit je la suami hantar naik motor. Benda nya sekejap je setiap sesi. Nurse cucuk sikit kat hujung jari kita untuk keluarkan sikit darah then darah tu di titiskan atas strip ujian. Nanti akan keluar bacaan gula dalam darah.


result bacaan gula aku untuk setiap sesi
So far so good la bacaannya. Takde yg merah.Kalau merah tu means melepasi border. Huhuhu..tak mahu la gitu kan.
After berpuasa start dari malam sebelum tu, aku g ke KKIA ngan perut kosong pukul 8 dan nurse amik bacaan pertama. Then after tu,aku ke KKIA Bilut pulak. Jumpa doktor untuk di scan perut. Nampak baby pusing-pusing dlm perut. Hihi. Ni second scan. First scan tak nampak sangat profil terbentuk tapi untuk second scan ni, nampak dah kaki,tangan dan kepala dan tulang belakang dah terbentuk.

Sementara nak tunggu doktor,aku breakfast roti wholemeal berintikan telur hancur dan segelas susu. Dan minum sangat banyak air putih. Tu yg bacaan dapat 4.7. Turun dari yang pagi.

Then siap scan,terus balik rumah dan start memasak untuk lunch. Aku buat sambal tempe, ayam goreng dan siapkan ulam peria katak dan salad. Tengahari tu aku makan nasi tak sampai segenggam berlaukkan ayam goreng n sambal tempe. Dan makan banyakkkkk ulam peria katak n salad tuuuu. Selagi tak pukul 5 (next reading), selagi tu aku duk asik gogok botol air minum air putih. Berulang jugak ke toilet. Tapi terpaksa demi nak maintain bacaan.

Dan alhamdullillah bacaan maintain. Untuk malam pulak,aku just amik 2 biji pisang montel. Kebetulan mak mertua hantar ke rumah. Malam tu pulak ada majlis bacaan Yassin kat surau rumah aku tu. So pi Maghrib dan Isyak ke surau. Walaupun ada jamuan makan lepas siap solat Isya',aku sanggup tak makan pasal dah dekat sangat nak pukul 9 malam,kang tak memasal bacaan naik. Terus shoot g KKIA. Tapi before g,siap pesan kat adik ipar suh tapau makanan surau untuk aku.Hihihi..Mana tahan tengok lauk gulai ayam dan daging masak kicap.

Yang peliknya,walaupun tak makan,bacaan naik jadi 5.1. Aku syak pasal kurang minum air putih. Ye la,idak le aku menggogok sangat air,kang tak pasal-pasal duk berulang kat toilet surau.Jenuh jugak.

Dan akhirnya siap la 1 hari nye ujian bacaan gula. Gigih. Demi baby. Apa boleh buat...

Next BSP is on 6 January. So nak kena control makan lagi dan amalkan minum banyak air putih dan sentiasa cergaskan diri. Tu je petuanya. Aku rasa la.

=)


Wednesday, December 18, 2013

Malaysia Melangkah Ke Semi Final Sea Games 2013

Woohuuuu..Team Bola Malaysia masuk semi final SEA Games yg sedang berlangsung di Myanmar sekarang. Walaupun gol muncul di saat-saat akhir tapi tetap menggembirakan hati penyokong pasukan Malaysia.

Keputusan : Malaysia 2-Vietnam 1.

Go Malaysia!Pertahankan emas milik kita!

*Aku tak tengok pun live match game tu tapi thanks to twitter live update.Baca tweet diorang pun dah dapat bayangkan suasana if dapat tengok live kat TV.*




Azean Irdawaty Kembali Ke Rahmatullah

Sekalung takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Azean Irdawaty yang telah kehilangan beliau malam tadi.

Melalui pembacaan di beautifulnara , Allahyarhamah meninggal dunia di PPUM tepat pada pukul 8.25 malam akibat kanser yg telah sekian lama di hidapi.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan mudah-mudahan beliau damai di sana. Al-Fatihah.

*suka tengok lakonan beliau kalau pegang watak mcm ala-ala Kak Nam mulut becok.*

Tuesday, December 17, 2013

Kain Cotton Stock Disember 2013












RM75 sepasang (4 meter).Free postage.

Berminat boleh SMS/WhatsApp 0122552600

Nak Makan Apa Tengahari Ni?

Hmmmmm..tekak macam teringin nak makan KFC.



Ke nak makan nasi campur je?



Tapi tengah google gambar ni pulak..terjumpa gambar nasi ayam penyet.Terus mcm teringin jugakk..



So kesimpulannya nak makan apa ni? Ni la padahnya bila fikir pasal makan di saat perut memang tengah lapar yg teramat sangat!

Semua benda pun nak di makan.Padahal baru je mengalas perut ngan biskut Jacob's Weetameal.

Alas perut je pun kannnn...

=)

Monday, December 16, 2013

Dah Nak Sampai Ke Penghujung

It's just around the corner je before we left 2013. Seriously terasa cepat kan masa berlalu. So far target dan azam tahun ni dah tercapai ke kawan-kawan?

Aku alhamdulillah..target nak kahwin tahun ni tercapai. Tu je la target terbesar tahun ni. Dan tercapai tu,,,syukurrrrrr!

So we will see what 2014 bring to us. 2014 pulak bakal bukak lembaran baru buat aku. InsyaAllah bulan 6 aku akan deliver my baby. Hopefully semuanya akan berjalan lancar dan sentiasa di permudahkan oleh-Nya. Nervous u'ollssss!

First time la katakan. Tak tahu nak expect apa. Aku cuma doa aku dan baby akan selamat.

Tak sabar nak tunggu baby keluar!.

=)

Friday, December 13, 2013

Kenapa Susah Sangat Level 345 Candy Crush Ni??



Sungguh aku tak faham kenapa payah benar aku nak lepaskan diri dari level 345 ni...Sungguh bingung jadinya!

Kalau tengok ke rules nya mcm senang je nak lepas...tapi dah almost 2 weeks kot main..tak lepas-lepas jugak!

Tapi bila di ingat-ingatkan semula..Candy Crush ni memang banyak je level dia yang buat kita stuck sangat lamaaaaaaa...Sebulan pun ada!

Sampai naik fed-up dan merajuk tak nak main!Pasal eiiiii...benci tau!

Hihihihi...

Ni tah bila la aku dapat naik level!

Thursday, December 12, 2013

Kena Minum Air Gula

Huhuhu...since aku declare kat nurse KKIA yang abah ada kencing manis,tak pasal-pasal aku kena minum air gula. Nurse nak confirmkan aku ada kencing manis jugak atau tak. Aku confident gila after minum tu (sekali teguk je ko!) konon bacaan gula dalam darah akan normal. Sekali amik ko..8! Over the limit!

Terkejut aku! So nak tak nak next week kena buat prosedur BSP (Blood Sugar Profile). Nurse nak monitor bacaan gula dalam darah aku. Kena la start berpantang makan dari sekarang. Worst case boleh di admit dlm wad dan doktor suh amik insulin. Huwaaaa... x mahu la sampai gituuu...

So sekarang ni tengah gigih kumpul info untuk cara-cara kawal paras gula dalam badan. Buah-buahan pun bukan boleh sebarang makan. Huhuhuhu...nervous nak start diet GDM ni. Tapi demi baby..kuatkan semangat!

kenapa kena turunkan paras gula dalam badan semasa hamil

Thursday, December 5, 2013

Kalendar Cuti Umum Malaysia 2014

sumber sini
Dah hujung tahun 2013 ni,aku pun sibuk jugak nak tahu tahun 2014 punya tarikh cuti umum.Hihihi..

Aku di jangka bersalin 16 June 2014, so insyaAllah berpantang time bulan Ramadan dan Syawal. Cuti panjang le raya tahun depan. Ngan baby.=p


Wednesday, December 4, 2013

Teka-teki Pinjam Duit RM100

Ali pinjam RM100 dari A & B untuk beli barang.Ali beli barang tu harga RM97.Baki duit Ali RM3 lepas Ali beli barang tu.Ali pulang RM1 dekat A. & RM 1 dekat B.sekarang hutang Ali kat A RM49 & B RM49.Kat tangan Ali ada RM1.

Persoalannya mana lagi RM1 ?

sumber teka-teki : sini

Hihihihi..petang-petang ni nak bagi korang pening sikit kepala.
Teka-teki ni rasa aku dah lamaaaa dah kan.

Pagi tadi la ada member dalam grup WhatsApp forwardkan teka-teki ni. Memang dari mula tahu dulu,aku macam malas nak amik kisah apa jawapannya. Tapi ni tadi tetiba macam rajin pulak nak fikir tapi fikir punya fikir pening kepala aku mana tah hilang RM1 tu.

Geram pulak rasa. So meh menggoogle.Hihi...

Meh aku terangkan ikut pemahaman aku setelah research di internet.

Sebenarnya Ali bukan hutang RM97. Tetapi hutang RM98. RM1 yang kita duk sibuk cari hilang tu sebenarnya adalah hutang Ali kepada si A dan Si B. Maka total hutang Ali ialah RM97 + RM1 = RM98. So bila RM98 + RM1 (balance pulang kat A) + RM1 (balance pulang kat B) = RM100.

Kita tertipu dengan nilai hutang RM97. Sebab tu kita pening fikir mana hilang lagi RM1. Faham tak?

Boleh faham tak? Pasal kalau ikut logik pun, memang patut dapat balik la kan total 100.

Atau pun ni ada lagi penyelesaian.

Since harga barang adalah RM97. Maka total yang Ali pinjam dari A dan B adalah RM97/2 = RM48.50 setiap seorang.

So RM48.50 (hutang Ali kat A ) + RM48.50 (hutang Ali kat B) + RM 1(balance pulang semula kat A ) + RM1 (balance pulang balik kat B) + RM1 (duit pada Ali ) = RM100.

Haaa...faham tak????

Teka-teki ni macam bermain dengan bahasa. Padahal Mate biasa je pun. Cuma dia buat kita jadi konfius dengan penggunaan bahasa. Tricky.

Hihihi..selamat mencuba!

Musim Hujan Dah Kembali

Musim tengkujuh dah kembali semula. Bulan 12 kan. Selalu kalau musim hujan ni, selain risau air naik dan banjir, aku selalunya runsing pasal susah nak sidai baju.

Huhuhu...pepaham la sejak jadi isteri ni, selain kena jaga makan suami, tang kain baju pun kena sibuk duk fikir. Walaupun baju kitorang berdua laki bini tak banyak mana setiap kali basuh tapi tetap pening jugak la..pasal mana tempat nak menidainya.Kat luar hujan asik turun, nak tak nak kena sidai dalam bilik belakang.

Aku kurang gemar baju yang kering sejuk ni.. Tak melipat pun tak syok. Tapi nak buat macam mana..cuaca kita ni mendung atau hujan je.. Time gini la terasa gatal je nak beli mesin pengering/dryer.Hihihihi...

Termenung tengok hujan.Macam mana baju nak kering ni... (sumber gambar dari google)

Kalau hantar g dobi, mesti lambat siap.Semua orang pun hantar g dobi baju musim-musim hujan ni.

Sabar je laaa..Kurang-kurang sejuk sikit hari kita ni kan..

Tuesday, December 3, 2013

Tengok Tak Masterchef All Star Malaysia 2013?

Korang follow tak Masterchef All Star Malaysia yang tengah tayang kat RIA setiap Sabtu-Selasa sekarang?

Barisan Peserta

Aku kalau boleh nak je follow if berkesempatan. Pasal dah kahwin dan duduk serumah ngan suami ni, TV ada 1 dan bukan boleh kita senang-senang je nak tengok cerita yg kita nak tengok kan. So kalau ada kesempatan tengok laaa..x pun tunggu yang ulangan.

Tapi so far yang mana episod yg aku dah tengok tu..macam meluat pun ada. Bukan apa, kan yang ALL Star ni di gabungkan peserta terdahulu samada dari yang Selebriti atau Masterchef biasa tu, so yang artis-artis ni mana yang ok,ok le aku tengok kan.

Cuma mcm klise sangat ngan perangai diva AA dan selebriti lain. Maksud aku mana yang banyak mulut tu. Macam Michael Ang. Nak bergaduh la..terjerit-jerit kat team lain kalau time berpasukan. Tinggi betul semangat kepasukanan mereka. Huhuhu..

Yang dah terkeluar adalah Kenchana, Shahora dan Enot.

Yang lain-lain tu,kita tengok je la nasib mereka macam mana.

Good luck pada semua peserta!

=)

Monday, December 2, 2013

567


Hihihihi..saja gatal nak print screen benda alah atas ni pasal nak tunjuk total post aku dah 567. Macam lawa je nombor tu. Ye la..orang sekarang ni kan suka ngan nombor lawa. Nak kahwin kena tarikh lawa-lawa. Macam aku hari tu, kebetulan. Tak de la dari awal rancang nak nikah pada tarikh 130913, cuma pada masa tu je yang hujung minggu panjang dan semua free. Tu yang dapat tarikh 130913.

Nak beranak pun mostly berharap dapat tarikh cantik-cantik jugak kan. Aku tak kisah je..janji baby selamat aku ok je tarikh bila-bila pun. Aku EDD 16 June 2014. Ke boleh doa mudah-mudahan baby keluar awal 2 hari..dapat tarikh 14 June 14. Hahahhaha...


On 3 Months Pregnant =)

Alhamdulillah..hari ni genap 12 minggu atau 3 bulan aku mengandung.
So far dalam menjalani hari-hari sebagai seorang bakal ibu ni,aku tak de la mengalami alahan atau muntah-muntah yg teruk. Kalau ikut bahasa doktor, 'having only mild nausea'.=)

Selera makan pun sama jugak lagi. Selera tetap selera tapi takde la orang cakap selera makan untuk 2 orang. Tapi cepat sangat rasa lapar. Dan paling tak selesa bila lepas makan, tekak dan perut rasa semacam je. Aku jadi serba tak kena. Buat tu salah, buat ni salah. Kalau kat ofis tu, rasa macam nak lari balik je. Perasaan sungguh. Hihihi..

Buku merah pun dah buat waktu minggu ke-10. Patutnya boleh buat awal lagi, tapi ada banyak halangannya..tu yang minggu ke-10 baru dapat pergi. Buat kat Klinik Desa Kampung Lebu,Bentong. Dekat dengan rumah. Suami boleh hantar naik motor je.

buku merah saya.=)
Dalam 2 bulan dah tau mengandung ni, ada la beberapa kali aku MC. Boss kat tempat kerja pun dah tau aku mengandung, so dia faham la aku tetibe je MC.=p
Sepanjang mengandung ni, aku dah start amalkan makan kurma setiap pagi (kadang-kadang lupa jugak) dan minum susu. Dulu waktu belum mengandung,aku memang kuat makan pedas.Orang kata tak terbukak la selera makan kalau tak pedas, tapi sejak mengandung ni, aku memang tak sentuh pun makanan pedas. Perut rasa semacam je bila makan yg pedas. Huhuhu..

So untuk 6 bulan mendatang ni, aku doa mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya dan baby membesar dengan sihat dalam perut mummy.=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...