Friday, November 30, 2012

Boy or Girl?

Ce teka?

Boy or Girl?

Hehehe....

Rindu sama ini budak c0mel...:!


Thursday, November 29, 2012

Ole-ole dari Thailand

Kalau time cuti sekolah je,memang 1 benda yg di jangkakan kalau boss aku cuti. Pi holiday ngan familynya. Tapi boss aku ni pelik sikit,kalau pi holiday sekejap je. Max 4 hari.

Aku tengok kalo orang lain nye boss,mau sampai seminggu. Tapi dia sekejap je. Tak sempat aku nak bersenang-lenang sepuas-puas hati kat kilang.:p

0n his recent trip to h0liday,memang x tau dia ke mana. Tak kuasa pun nak amik tau. Tapi tadi masuk² je kerja,dia terus jumpe kami semua n bagi ole-ole.

Dapatlah sorang satu coin purse. Dan tahu la ke negara mana dia g. O0o..ke negara gajah putih a.k.a Thailand rupanya.

Beria la dia duk cerita pengalaman dia pi sana. Dia tak tahu yg aku lagi gah nak ke Vietnam tahun depan. Hahahaha...

Layannn..
Ni la c0in purse nye. Segedabak besar gajah terlekat kat situ.

:p


Peluang Masih Ada

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menang game lawan Laos malam tadi. 4-1.

Walaupun aku tak dapat tengok game tu,so aku x dapat la nak komen pasal aksi-aksi player kita malam tadi. Aku just tahu update thru timeline twitter je.

Apa yang aku tahu,Safee Sali ada banyak buat cubaan nak masukkan gol. Tapi 1 je yang berhasil. Ramai yang update cakap 7 hingga ke 8 kali jugak Safee cuba buat cubaan. Tapi syukur ada jugak yang mengena.

Dan yang aku tahu jugak,keeper untuk 1st half bukan Apek. Siapa yang jadi keepernya takde pulak mereka update kat timeline Twitter.

And full time,Malaysia menang dengan 4 gol berbalas 1!

Cukup menggembirakan hati semua penyokong-penyokong Harimau Malaya!

Tapi jangan terlalu gembira, kita tunggu pula game lawan Indonesia hari Sabtu ni pulak
 
Mudah-mudahan semuanya akan tetap bersemangat mcm malam tadi.
 
Go Malaysia!
 

Wednesday, November 28, 2012

Lagu Pilihan : A Thousand Years~Christina Perry



Lagu tema filem Twilight : Breaking Dawn (Part 2) menjadi pilihan aku minggu ni sebagai lagu pilihan.

Bagi aku,lagu ni sangat sesuai ngan movie ni. Kena sesangat. Since dengar lagu ni,terus aku jatuh cinta ngan lagu ni. Tapi pada masa yang sama jadi sedih..pasal movie ni tamat dah sekuelnya. =(

Takde dah penantian selama setahun untuk the next sequel.

Kisah cinta Edward-Bella tetap akan bertapak di hati ini.

=)

Tak Payah Tidooo...Shopping Je 24 Jam!


Gila gempakkk ah Big Bad Wolf Book Sale tahun ni!!!

Start pukul 6.30 pagi 7 Dec and straight bukak sampai 9.30 malam 9 Dec. Kiranya memang akan bukak   63 jam tak tutup-tutup. Kalo agak-agak rasa tak boleh nak tido malam,boleh le kiranya menghabiskan masa kat nook sale ni!

Aku memang tertunggu-tunggu book sale oleh BookExcess ni. Gila murah kot buku dia jual time ni. Dah la murah, in good condition pulak tu!

From my experience last year, kita boleh dapat buku from as low as rm5 jeeee!

Murah nak mampus dan sangat banyak pilihan!

Mostly buku-buku aku akan di beli kat sini la!

Wah..memang x sabar nak g. Cuma tahun ni tukar tempat.Last year buat kat MAEPS Serdang. Kali ni buat kat MIECC pulak.Ala..belakang The Mines. Lepas shopping kat The Mines,boleh la nyinggah ke sini pulak.

Jumpa di sana!

=)

Tuesday, November 27, 2012

Bangkitlah Harimau Malaya!

Esok akan ada game Harimau Malaya lawan Laos.

Mudah-mudahan Team Malaysia akan menang.

Aku macam masih lagi rasa kecewa selepas team Malaysia di kalahkan oleh Singapura hari Ahad lepas. Kita turun selaku juara bertahan,so memang penyokong semua mengharapkan perlawanan itu bertenaga. Kalau kalah sekalipun,tunjukkan lah aksi yang bertenaga. Tapi malam tu mcm sangat tak bermaya.

So untuk malam esok,mudah-mudahan Harimau Malaya menunjukkan semula reputasi sebenar kita selaku juara bertahan. Yang ralatnya,kita main di tempat sendiri..di tanah tumpah darah kita,kenapa tunjukkan aksi kurang menarikkkk????

Memang tak boleh terima betul kekalahan ngan Singapore tu!

Harap-harap game ngan Laos esok..HARIMAU MALAYA akan bangkit semulaaaaa!!!

Apa pun..mari ramai-ramai sokong team MALAYSIAAAAAAA!

          

Monday, November 26, 2012

Segmen : Pencarian Bloglist Musim 1


Aku di jemputtt oleh tuan punya segmen untuk join segmen beliau.

Maka sempena hari Isnin ni,aku pun nak lah join.

Pasal tengok step-step nak join mudah aje!

Tarikh tutup hujung bulan 1 tahun 2013.

Moh reramai join!

Twilight : Breaking Dawn (Part 2)

Akhirnyaaaaa...tercapai jugak hajat aku nak melengkapkan tengok sekuel Twilight. Semalam bersamaan 25hb 11 menyaksikan aku berjaya menonton filem sekuel yang memang aku nanti-nantikan selama setahunnnn.

Kalo sapa yang ada tengok yang Part1 ,memang akan ingat betapa agak bosannnn jugak nak habiskan tengok Part 1,tapi usah khuatirrrr. Yang Part 2 ni,aku jamin korang tak kan bosannn. Pasal korang akan ada rasa ingin tahu yang sangat tinggiiiii nak tahu apakah yang sedang berlaku.

Dan seperti biasaaaaa,Edward-Bella adalah so sweeetttt! Aku suka dan tersenyum-senyum sorang bila tengok filem ni. Bib di sebelah hanya melayan perasaan sambil makan popcorn sampai habis. Punya la agak protesss kerana aku paksa dia untuk tengok filemmm ni.=p

Part lawan-lawan je yang buat dia rasa excited. Part loving-loving dia hanya pandang straight ke skrin tanpa ada perasaaannnnn. Hahahahaha..

So buat mereka yang ala-ala memang suka filem romantik tapi ada aksi-aksi lawan,silakan tengok filemmm ni. Memang best! Komen aku agak bias la jugakkk kan pasal aku fanatik Twilight. Tapi memang besttt pun!

Btw..endingnya adalah happy ending eh. Tibe aku jadi spoiler. Ala...sapa yang dah baca novel pun memang dah tahu endingnya macam mana. tak de makna aku jadi spoiler punnn.

Jangan lupe pi tengok tau!

=)

Telefon Baru Untuk Abah

Memang abah tak mintak untok di belikan telef0n baru. Tapi aku tak sampai hati pulak bila tengok telef0n yg abah selalu guna tu sampai dah di ikatnya dgn getah. Agaknya cover belakang tu dah l0nggar. Bila terpandangkan je telef0n berikat getah tu,aku jadi sebak. Kesusahan abah ada dpn mata,tak kan aku nak buat tak nampak. Aku tahu perasaan dia bila balik kampung tengok org lain telef0n canggih², abah mesti nak jugak merasa pakai.

Tapi abah sedar,keadaan kewangannya sekarang buat dia tak mampu nak berlebih²,duit yg ada cukup sekadar untok belanja sehari² je. Dan aku jadi bertambah sebak...

Apa guna jadi anak...kalo benda sekecik tu pun aku x belikan. Jadi,aku berpakat dgn adik aku untok k0ngsi duit berdua dan belikan telef0n baru untok abah.

Kalau dulu²,time kitorg kecik²,abah 0n the spot tunaikan kehendak kami. Jadi apa salahnya bila dia dah pencen,kami pulak buat benda yg sama. Memang abah tak meminta,tapi sebagai anak,aku sedar tanggungjawab aku.

Walaupun kami belikan telef0n yg tak mahal mcm org lain,tapi abah dah cukup bersyukur.

Kami belikan dia telef0n Samsung Chat 0n je. X da la beria mcm org lain. Tapi sekadar abah nak berinternet dan sebagainya dah cukup lengkap.

Terima kasih abah atas segala-galanya. Kak l0ng rasa sedih tak dapat nak belikan abah brg mahal². tapi kak l0ng akan sentiasa balik rumah bent0ng setiap hujung minggu. Nak temankan abah dan mama.

Terimalah hadiah tak seberapa kak l0ng dan kimai jika nak di bandingkan dgn kasih sayang yg tak ternilai yg abah dan mama dah berikan buat kami berdua selama ini.


Saturday, November 24, 2012

Aku Mau Dia - Hazama




Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Segmen : Follow dan Blogwalking by Mia Liana.com


Pagi-pagi Sabtu ni,aku nak ajak korang join segmen yang di anjurkan oleh Kak Mia Liana.Ha...sapa yang tak kenal Kak Mia Liana ni,memang nak kena.. Mesti tak follow lagi blog famous milik Kak Mia Liana yang tag line nya...;

Blog Kak Mia Liana dah ramai dah pengikutttt nya.Blog aku je yang pengikutnya baru ada 263 orang.Tapi tetap bersyukur dengan kehadiran 263 orang ni yang selalu jengukkk blog aku.

Apa yang aku suka dengan Blog kak Mia Liana ialah kak Mia Liana banyak postkan entri-entri yang berguna buat panduan bloggers lain. Selain tu,entri-entri yang Kak Mia Liana tulis semuanya ringkas tapi mudah buat kita pembaca faham. Dannnnnn,kak Mia Liana rajin nak hadiahkan banner kat para pembacanya kalo beliau dah mencapai sesuatu angka followers. Aku pun dah pernah terpilih untuk dapat banner dari beliau. Thanks Kak Mia!

So...sekarang ni,aku nak ajak korang semua join segmen kak Mia Liana ni.Banyak benefits boleh dapat bila dah follow blog Kak Mia.

Join jangan tak join tau!

=)



Friday, November 23, 2012

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Bantu Palestin?



Mari kita sama-sama lakukan secara istiqamah!

Menang Lucky Draw!

Ha...tak sangka la pulak boleh menang!
Saje je mencuba nasib bila blog nur_eimi buat special lucky draw.
Aku pun join je la pasal senang kot nak qualify untuk tersenarai sebagai peserta.
Just komen je entry Nur pasal lucky draw tu.
Simple sesangat. So aku pun join.

Dan semalam Nur annoucekan nama-nama peserta yang bertuah.
Duk usha-usha..sekalinya...

..nama Wana Owen pun tersenarai.=)
Hadiahnya 'Apam Corak + Polkadot Ada Inti sebanyak 100 pcs."
Aku dah pernah rasa apam corak yang Nur buat.Pasal pernah beli ngan Nur.
Dan rasa nya memang best. Apam-apam yang Nur buat corak-coraknya semua lawa-lawa.Nampak comelll.Nak makan pun jadi sayang.

Aku request kat Nur nak gambar Tweety.
Nanti bila dah dapat,aku upload kan kat entry ye.

Btw..thanks to Nur pasal anjurkan lucky draw ni.

And kepada sesapa yang tercari-cari apam-apam yang comel dan menarik nak di buat door gift untuk majlis-malis keramaian,bolehlah pi ke blog Nur.

Memang akan teruja tengok hasil corak-corak pada apam yang Nur buat.Kemas je lukisannya.

=)

Durian Crepe

Korang perasan tak lately populariti durian crepe ni macam menjadi-jadi?

Tetiba je semua orang duk sebut-sebut pasal durian crepe.

Aku pun jadi teringin jugak nak cuba.

Tapi masih lagi tak dapat nak mencuba.


Ha..ni la rupa nya durian crepe. 

Aku rasa lapisan luar nya tu bancuhan tepung kan? Di balutnya isi durian kat dalam tu.

Aku rasa la..pasal aku pun tak pernah lagi rasa durian crepe ni.

Ce korang cerita kat aku macam mana rasanya? Bagi yang pernah rasa laaa...

Best la ek?

Nanti nak pi try beli dan rasa la.

=)

Thursday, November 22, 2012

SSegmen : Jom Upkan Followers Sampai Puas Hati !


Comeyyy nya banner!

Jom join segmen ni!

Aku pun dah lama tak join segmen.

Meh le merasmikan untuk minggu ni dengan join segmen adik kecil ni.

=)

Tag :





Dah Alang-Alang Boikot McD...



..Apa salahnya kita boikot terus barang-barang lain yang sokong Israel!

Alah bisa tegal biasa!

pstttt .... x dapat dah nak minum Nescafe. Ada cadangan lain tak minuman ape untuk ganti Nescafe???

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday

Jeti Kuala Merlimau,Merlimau,Melaka.

21 Nov 2012
5.30 petang.


Tuesday, November 20, 2012

Pemergian yang Pilu

Semalam petang dan hari² yang seterusnya merupakan hari yg amat menyedihkan buat kami sekeluarga.

Mak saudara aku yg kami semua panggil mak ngah telah kembali ke rahmatullah. Perginya secara tenang tepat pada pukul 3.27 petang di PPUM.

Segala-galanya berjalan dgn lancar sejak dari urusan awal di hospital sehingga kepada pengebumian arwah di kampung kami di Merlimau,Melaka.

Mak ngah adalah kakak kepada ayah aku. Dan arwah adalah yg pertama dari kalangan adik-beradik ayah yg meninggalkan kami semua.

Arwah seorang yg pandai memasak. Kalo datang rumah,ada je hidangan yg tersedia. Bak kata mak aku,'lepas ni tak dapat la nak makan asam rebus bendi dan sambal ikan bilis kering melaka style'.

Aku pun turut akan merindui mak ngah sangat². Selama 4 tahun merantau di KL,selama itu jugak aku tido sebilik dan jadi teman berborak sambil tengok drama Melayu ngan mak ngah.

Arwah tidak terlantar sakit yg lama. Cuma 2 minggu kebelakangan sahaja tahap kesihatan arwah menurun sehingga akhirnya meninggalkan kami semua petang semalam.

Al-Fatihah.

Mak ngah akan sentiasa berada di dalam doa dan ingatan kami semua.

:(

Monday, November 19, 2012

Keputusan Semi Final Kedua Muzik-Muzik

Semalam baru berlangsungnya Semi Final Kedua Muzik-Muzik. Macam minggu lepas jugak,ada 11 lagu yang bertanding. Tapi yang malam tadi punya,senarai lagu-lagu yang bertanding macam kebanyakkannya bukan lagu-lagu yang aku minat. Kalo ada pun just lagu Spider-Tapi Bagaimana dan Suki-Terlalu Mencintaimu.

So inilah keputusannya malam tadi. 6 lagu yang mempunyai peluang cerah untuk melangkah masuk ke Anugerah Juara Lagu :

1) One Nation Emcees feat. Jimmy Palikat - Anak Kampung


2) Spider - Tapi Bagaimana


3) Hafiz dan Adira - Ombak Rindu


4) The Bedroom Sanctuary - Lagu


5) Yuna - Terukir Di Bintang


6)Amir Jahari - Tanpamu





Muka Pucat

Ada beza tak antara dua gambar tu?

Gambar yg atas tu muka aku tanpa apa² mekap. Mcm pucat sikit kan? Diri sendiri nak tengok pun takot.

Gambar bawah pulak muka aku dengan mekap. X da la mekap beria sangat. Cuma apply eye liner dan lip gloss je pun. And tepek sikit c0mpact p0wder. Tak sampai 15 minit dah setel merias wajah serba sedikit. At least,sedap sikit mata memandang.

Tak gitu?

:p


Saturday, November 17, 2012

Pray for Gaza


Friday, November 16, 2012

Segmen : Jom follow by Farah dan Ainny


Jom mengisi masa lapang dengan join segmen Farah dan Ainny.

Klik je link yang aku sertakan itu.

Mudah dan pantas.

Selamat bersegmen!

=)

Akhirnya Tertangkap Jugak Penjenayah Itu


Ingat tak aku ada post entry Kes Rompak Dan Rogol Di Bentong last week?

Alhamdulillah ...dah tertangkap pun penjenayahnya. 

Dah la tempat tertangkapnya penjenayah tu dekat jugak ngan taman aku duduk. Hadoiiii!

Mujur la tak ada ape-apa yg berlaku kat penduduk-penduduk sekitar tempat kejadian.

Tapi yg penting,dah boleh la tido lena sikit malam-malam.

Kalau tak..gerun je!


PETIKAN BERITA DARI MY METRO

BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, pada 4 November lalu, diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, terserempak lelaki terbabit yang mencurigakan di atas sebuah bukit berhampiran kawasan taman berkenaan.

Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.

“Pada jam 6 petang, tiga anggota polis IPD Bentong yang baru habis bertugas dan menziarahi rakan mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan memegang sepucuk pistol dipercayai buatan sendiri.

“Anggota polis berkenaan cuba menahan suspek, namun suspek bertindak ganas dan melawan mengakibatkan seorang anggota parah akibat dikelar di leher,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.



Katanya, pada masa sama dua lagi anggota bergelut dengan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit dan beberapa barang berharga milik mangsa.

Segmen : Cari Followers November!


Minggu ni mcm kurang rasanya join segmen.

So untuk hari Jumaat ni,jom join segmen oleh Bicara Hati dot Blogspot.

Usah khuatir...syarat-syarat nak join simple je.

Tak de nak kena like sampai 20 sponsor..

=p


Pensil dan Kaset


Cepat asah minda...

Apa kaitan antara pensil dan kaset dalam gambar di atas?

Hehehe..

Gila old school!

Cassette player pun dah takde keluar lagi kan?

=)

Thursday, November 15, 2012

Job Seeker



Ahahaha..aku rasa aku dah kena start semula aktiviti mencari kerja baharu. Tempat kerja sekarang kat Subang Jaya dan aku rasa aku lagi senang kalo kerja kat Bentong je.

So misi aku sekarang adalah nak cari kerja kat Bentong je. Mudah.

Tak payah fikir-fikir nak homesick ke hape. Duduk je la kat Bentong. Lagipun aku dah bosan kot duk KL. Sejak dari zaman UKM lagi dah terdedah ngan kehidupan di KL/Selangor. Ada la dekat 10 tahun dah duduk KL/Selangor.

Duduk dekat ngan parents lagi senang. Sakit pening diorang aku ada kat sisi diorang.

Mudah-mudahan tercapailah impian aku nak balik kerja ke Bentong.

=)

Wednesday, November 14, 2012

Lagu Pilihan : Maal Hijrah




Sempena bermulanya Tahun Baru kalendar Islam pada hari esok,maka aku dedicatekan lagu Maal Hijrah yg aku amik videonya ni dari YouTube untuk segmen lagu pilihan minggu ni.

Sangat kena dengan permulaan hari baru kalendar Islam yang bakal kita sambut pada hari esok.

Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan berubah. Berubah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik,lebih baik kepada lebih lebih baik dan seterusnya. Yang penting kita mesti ada niat untuk terus berubah dari satu tahap ke satu tahap yg lain. Jangan nak stay di satu tahap sahaja. 

Lagu ni memang sinonim ngan kedatangan Tahun Baru kalendar Islam. Best sangat rentaknya kan.Memang beri semangat kepada kita yang mendengar untuk berubah!

Salam Maal Hijrah 1434 untuk semua!

=)


Tuesday, November 13, 2012

Awesome Prize!

Alhamdulillah...kan before Hari Raya Haji hari tu aku ada cerita pasal aku terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang di anjurkan oleh Bro Remy Hazza. Untuk entri tu boleh klik sini.

Dan akhirnya last week ayah aku tetiba hantar SMS cakap ada parcel untuk aku sampai kat rumah Bentong. Ayah aku inform nama pengirimnya Remy Hazza. Aku automatik terus teringat yang parcel tu mesti hadiah yang bakal aku terima pasal terpilih sebagai salah seorang pemenang. So aku pun terus suruh ayah aku bukak parcel tu and betau aku apa isi kandungannya.

Inilah hadiahnya!

replika kapal terbang Air Asia
Awesome gilaaaa kan hadiah yang Bro Remy hadiahkan!

Bersyukur sangat-sangat aku atas penerimaan hadiah ni.

Bila tengok MMS yang ayah aku hantar tu,memang speechless la! Tak terkata!

Tetapi yg penting,TERIMA KASIH banyak-banyak kepada Bro Remy atas hadiah ni. Aku dah la baru je menjinakkan diri join GA/Segmen,dan tak sangka dah dapat menang hadiah yang awesome sangat ni.

And kepada semua pembaca blog aku yang belum pernah jengah blog Remy Hazza  dan belum jugak follow blog awesome beliau,boleh la klik je link yang aku sertakan tu.

Memang awesome bila follow blog beliau. Ada banyak entri-entri menarik yang best untuk di baca.

Jengah,jangan tak jengah tau!


=)


Segmen Nak Kawan Baru


Berminat nak join?

Just klik je link yang aku dah sertakan tu.

Mudah aje!

=)



Jualan Gudang Buku,Novel dan Majalah


Just nak share info tentang jualan penghabisan stok yang di anjurkan oleh Karangkraf Sdn Bhd. Diskaun buku ,novel dan majalah sehingga 80%!

Banyak tuh diskaun! Karangkraf kan penerbit novel-novel under nama Alaf 21. So semua mesti tahu dan sangat-sangat tahu yang mostly novel-novel Alaf 21 adalah sangat best dan kebanyakkannya adalah best seller.

So ni la peluang untuk penggemar novel dan kaki-kaki novel semua nak tambah koleksi buku. Last year aku ada pergi tapi x sampai ke tempatnya. Pasalnya aku tak jumpa Kompleks Karangkraf ni celah mana. Sampai dah ke Seksyen 15 tu tapi tak jumpa bangunan yang mana satu. So aku mcm ala-ala bersiar-siar je time tu. Kecewa kot tak jumpa bangunannya! Geram sungguh! Setakat Seksyen 15 tu aku tahu tapi Kompleks Karangkraf tak jumpa.

Mudah-mudahan tahun ni aku jumpa la bangunan tu. Kalo tak,mesti rasa kecewa yang berganda-ganda lagi!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...