Tuesday, November 20, 2012

Pemergian yang Pilu

Semalam petang dan hari² yang seterusnya merupakan hari yg amat menyedihkan buat kami sekeluarga.

Mak saudara aku yg kami semua panggil mak ngah telah kembali ke rahmatullah. Perginya secara tenang tepat pada pukul 3.27 petang di PPUM.

Segala-galanya berjalan dgn lancar sejak dari urusan awal di hospital sehingga kepada pengebumian arwah di kampung kami di Merlimau,Melaka.

Mak ngah adalah kakak kepada ayah aku. Dan arwah adalah yg pertama dari kalangan adik-beradik ayah yg meninggalkan kami semua.

Arwah seorang yg pandai memasak. Kalo datang rumah,ada je hidangan yg tersedia. Bak kata mak aku,'lepas ni tak dapat la nak makan asam rebus bendi dan sambal ikan bilis kering melaka style'.

Aku pun turut akan merindui mak ngah sangat². Selama 4 tahun merantau di KL,selama itu jugak aku tido sebilik dan jadi teman berborak sambil tengok drama Melayu ngan mak ngah.

Arwah tidak terlantar sakit yg lama. Cuma 2 minggu kebelakangan sahaja tahap kesihatan arwah menurun sehingga akhirnya meninggalkan kami semua petang semalam.

Al-Fatihah.

Mak ngah akan sentiasa berada di dalam doa dan ingatan kami semua.

:(

4 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...